|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 24 April 2013 01:23 |
|

Pendaftaran adalah pada 27 Mei 2013 . Sekiranya anda menerima tawaran ke KMM, apa yang perlu dilakukan ? Langkah - langkah yang perlu diambil:
|
| 1 ) Memuat turun semua borang dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. |
| 2) Mencetak dan mengisi borang tersebut. |
|
3) Mengambil foto berukuran passport di kedai gambar. Foto hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
i) Lelaki -> Berambut pendek. ii ) Perempuan -> Bertudung ( muslim ). iii) Berlatarbelakangkan warna biru. p/s :Penting!! Jangan lupa mohon kembali foto softcopy anda dari kedai ( akan diberi dalam bentuk CD ) kerana foto softcopy ini akan digunakan bagi pelajar untuk memuat naik ke dalam portal pendaftaran nanti.
|
| 4) Buka akaun bank BSN ( bagi mereka yang tidak mempunyai akaun BSN ) |
|
5) Membuat bayaran yuran pengajian ( hanya di kaunter BSN - tidak dibenarkan menggunakan pindahan wang elektronik ).Sila simpan slip yuran pendaftaran asal.
Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2013/2014 adalah seperti berikut :
|
Bil
|
Jurusan
|
Jumlah
|
|
1
|
PST dan PDT (Jurusan Sains)
|
RM550.00
|
|
2
|
PST (Jurusan Perakaunan)
|
RM480.00
|
|
3
|
PDT3
|
RM250.00
|
|
4
|
PST (Sains & Perakaunan) mengulang
|
RM265.00
|
|
5
|
Menangguh Pengajian
|
RM0.00
|
*PST : Program Satu Tahun
*PDT : Program Dua Tahun
No akaun BSN Kolej Matrikulasi Melaka bagi tujuan bayaran yuran pengajian : 0410029000361946
|
| 6) Dapatkan nombor angka giliran SPM anda, kerana nombor ini akan digunakan untuk masuk ke dalam Portal Pendaftaran. |
|

|
7. LAWATI PORTAL PENDAFTARAN.
|
|
soalan lazim
|
|
|
Last Updated on Tuesday, 30 April 2013 14:58 |